Khasiat Kopi Organo Gold
Khasiat Ganoderma
Ganoderma Lucidum
Ganoderma dikenali
dengan Lingzhi di negara China, iaitu sejenis spesis
Cendawan Merah. Sejak 2000 tahun lalu, masyarakat China mengenali Lingzhi sebagai Raja
Herba dan digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. Pengamal
perubatan China menggunakan Lingzhi untukmenyembuhkan lebih
daripada 100 jenis penyakit dan mereka percaya ia mampu memanjangkan
umur.
Ganoderma Lucidum atau
Lingzhi
Hasil Kajian dan
Keberkesanan
1. Kadar penyembuhan
Ganoderma terhadap penyakit buah pinggang hampir mencapai 100%.
Profesor Fumio
Tsurudani dari Institut
Perubatan, Universiti Nagayo, Jepun membuat eksperimen terhadap pesakit-pesakit
buah pinggang untuk menguji keberkesanan Ganoderma. Keputusan menunjukkan
Ganoderma bukan sahaja dapat menurunkan kandungan protein uria dan
kolesterol, tetapi juga berupaya mengawal fungsi buah pinggang agar
ia menjadi normal.
2. Pengawalan dan
pencegahan penyakit kencing manis/diabetes.
Institut Perubatan,
Universiti Kinki,
beberapa tahun membuat kajian keberkesanan Ganoderma terhadap penyakit kencing
manis/diabetes mempunyai fungsi yang sama dengan insulin. Penggunaan
Ganoderma secara teratur bukan sahaja dapat memperbaiki pengeluaran
insulin yang tidak cukup, malah menyebabkan fungsi pankreas kembali
kepada normal. Tambahan pula ianya tidak mendatangkan kesan sampingan
sebagaimana suntikan. Mengubati penyakit kencing manis tanpa suntikan merupakan
keistimewaan Ganoderma.
3. Pengawalan dan
Pencegahan Penyakit Kanser
Profesor Ta-cheng dari
Institut Perubatan, Universiti Kebangsaan Taiwan dan Profesor Cheng Hui-hua dan
Profesor Tung Ui-Chi, Institut Perubatan Taipei.
Keputusan menunjukkan
Ganoderma berkesan untuk menghalang pergerakan sel penyakit
kanser dan beberapa laporan mengenainya ada dikeluarkan.
Keyakinan Produk dan
Kualiti
- Daripada 200 spesis cendawan yang selamat digunakan dan tidak beracun, syarikat hanya menggunakan 6 spesis cendawan merah yang mempunyai khasiat dan kesan terapautik yang paling tinggi.
- Ganoderma ditanam 100% secara organik.
- Ganoderma selamat digunakan dan kawalan kualiti yang ketat mengikut piawaian GMP, HACCP & ISO. Ganoderma juga boleh digunakan tanpa was-was oleh penganut Islam dan mendapat pengkiktirafan HALAL oleh kerajaan Malaysia.
Bahan-bahan semulajadi
yang terdapat di dalam Ganoderma terbukti secara saintifik mempunyai
khasiat-khasiat yang bermutu tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia.
Polysaccharide
- Menguatkan sistem imun / ketahananan.
- Mencegah dan menghapus tumor.
- Membantu pankreas mengimbangi tahap gula di dalam sistem darah.
- Mengawal kemerosotan sel-sel tisu dan organ didalam badan.
- Tonik untuk jantung.
Organic Germanium
- Menambah tahap oksigen didalam sistem darah.
- Ciri-ciri anti-oksida yang berkesan dalam mengawal radikal bebas.
- Menguatkan tenaga metabolism.
- Menyahtoksinkan logam berat.
Adenosine
- Mengurangkan kolesterol dan lemak.
- Mencegah platlet-platlet daripada melekat yang mengganggu peredaran darah.
- Menstabilkan hormon endokrin.
- Mengawal tenaga metabolisme.
Triterpenoid
- Menguatkan sistem penghadaman.
- Membina ketahanan menentang alergi.
- Mengurangkan kolesterol dan lemak.
Khasiat dan Kelebihan
Ganoderma
Ganoderma secara
ringkasnya boleh disifatkan sebagai bahan semulajadi yang amat hebat dan
mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan. Antaranya adalah:-
- Membuang toksin
- Anti-alergi (mudah larut)
- Anti-oksida (anti-penuaan)
- Melindungi hati
- Melancarkan peredaran darah
- Mengawal tahap kolesterol
- Menaikkan kadar metabolisme
- Menambahkan tenaga.
Manfaat Kardiovaskular
- Mengawal tekanan darah (Seimbang).
- Memperkuatkan jantung.
- Menghalang sekatan arteri.
Menguatkan Sistem Imun
- Merawat kesan anti tumor dan kanser.
- Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi/radiasi dan selepas pembedahan.
- Menghalang jangkitan virus, bakteria dan fungus.
Mengapa Ganoderma
ORGANO GOLD Adalah Yang Terbaik?
Ganoderma Lucidum
keluaran OG adalah 100% Organik dan mempunyai khasiat yang
tinggi dalam satu-satu Ganoderma.
Kandungan Khasiat Yang
Tinggi Dalam Satu Ganoderma.
Bagaimana Ganoderma
Berfungsi?
Ganoderma diibaratkan
pakar yang mampu masuk ke dalam badan kita. Apabila seseorang menggunkan
Ganoderma, ia akan masuk ke dalam sistem tubuh badannya dan memperbaiki
fungsinya. Ganoderma
akan mengesan, membersih, menyeimbang, memulih dan mengekalkan kesihatan
yang baik.
Kajian oleh ahli-ahli
mikologi dan farmakologi mendapati bahawa Ganoderma mengandungi
sebatian-sebatian berikut:
Asid Amino
|
D-mannitol
|
Polisakarida
|
Asid Organik
|
Ergosterol
|
Sakarida
|
Asid Protease
|
Glukosamin
|
Sterol
|
Adenin
|
Lakton
|
Triterpenoid
|
Adenosin
|
Lisozim
|
Vitamin
|
Alkaloid
|
Oganik Germanium(GE)
|
Garam Galian
|
Hasil kajian juga
mendapati bahawa Ganoderma mempunyai kandungan khasiat seperti berikut:
Air -
750.0mg
|
Kalori –
1.7
|
Lemak – 9.0mg
|
Serat – 25.0mg
|
Protin –
75.8mg
|
Besi – 0.19mg
|
Kalsium
– 3.0mg
|
Asid
Pantotenik – 0.032 mg
|
Vitamin B1 –
0.0016mg
|
Vitamin B2 –
0.0064mg
|
Vitamin B3 –
0.076mg
|
Vitamin C –
0.0625mg
|
Vitamin D –
0.769mg
|
Fosferus –
0.03mg
|
Karbohidrat –
115.0mg
|
Bagi setiap 100mg
Ganoderma Lucidum asli
Komponen yang penting
dalam Ganoderma serta kepentingan dari segi kesihatannya :
Organik Germanium (GE)
– Berupaya dalam meningkatkan kemampuan darah untuk menyerap oksigen sebanyak
1.5 kali atau lebih
Polisakarida –
Menguatkan lagi sistem immunisasi badan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan
(yakni melancarkan lagi fungsi pembuluh darah dalam badan)
Adenosin – Menyokong
kesihatan terhadap fungsi sistem pengaliran darah ke jantung yang mana dapat
mengaktifkan lagi sel-sel badan. Adenosin ini membekalkan nutrien yang
berkhasiat dan dapat menguatkan lagi pembuluh darah. Apabila aliran darah
berfungsi lancar, kapilari darah ini akan meningkat, maka ia dapat mengangkut
bekalan oksigen yang lebih serta nutrien bagi mengekalkan kesihatan yang baik
Ganoderma juga
mengandungi mineral, protein, vitamin dan lain-lain sebagaimana yang telah saya
nyatakan sebelum ini.
Ganoderma tidak
bertindak langsung terhadap penyakit yang dihadapi, sebaliknya bertindak
terhadap elemen dan sel tubuh manusia itu sendiri. Hakikat ini adalah kerana
apa jua penyakit yang menimpa manusia adalah berpunca dari elemen dan sel yang
tidak sihat, rosak atau binasa.
Daripada
laporan-laporan farmakopeia, adalah dilapurkan bahawa ahli-ahli farmakologi
telah mendapati Ganoderma amat berkesan terhadap masalah-masalah kesihatan dan
penyakit-penyakit seperti berikut:
Meningkatkan tindakbalas
terhadap masalah hyperlipidemia ( keadaan darah di mana kandungan
lemak melebihi kadar lazim) dan merangsang fungsi koronari terhadap saluran
arteri
Membantu memulihkan
masalah dan gangguan tekanan darah tinggi atau rendah
Membantu memulihkan masalah
asma dan tekanan jiwa yang kronik
Membantu memulihkan
masalah tekanan dan neurasthenia ; yakni gangguan secara psikologi
dan fizikal terhadap sistem saraf
Membantu memulihkan
dan mengimbang semula masalah erythropthisis ( penurunan jumlah
kandungan lazim sel darah merah) serta leucocytopenia ( penurunan
jumlah kandungan lazim sel darah putih )
Mengawal dan
memulihkan penyakit kanser dan penyakit-penyakit degenaratif
Hilang selera makan
Hilang ingatan/nyanyuk
Sumbatan saluran darah
Masalah tulang sendi
Masalah kerongkong
Hepatitis A, B, C, D
Masalah kulit
Gastrik
Masalah kerosakan hati
Sukar tidur malam
(Insomnia)
Keracunan makanan
Masalah saluran
pernafasan
Masalah keguguran
rambut
Masalah bengkak ginjal
/ buah pinggang
Ulser
Menurut Dr. David Chu,
seorang pakar perubatan tradisional China di Calgary, Kanada
menyebut di dalam
buku Reishi Mushroom : Herb of Spritual Potency and Medical Wonder, Sylvan
Press, washington ( 1990 ) karangan Dr Terry Willard bahawa Ling-zhi
mempunyai kesan sedatif yang dapat melegakan sistem saraf pusat. Ling-zhi juga
dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur malam dan kegelisahan.
Menurut beliau,
kajian-kajian menunjukkan Ling-zhi mempunyai pengaruh yang berkesan merangsang
sel-sel darah putih untuk meningkatkan kekuatan memerangi gejala-gejala asing.
Ling-zhi juga begitu ketara khasiatnya dalam kes-kes kanser. Rawatan
radioterapi (sinaran radiasi) dan kimoterapi pada kebiasaannya akan
mengurangkan bilangan sel-sel darah putih. Apabila dosej Ling-zhi diambil
sebelum menjalani kedua-dua bentuk rawatan tersebut, bilangan sel-sel darah
putih tidak akan berkurangan.
Dari kajian beliau, Dr
Chu mendapati Ling-zhi amat berkesan untuk merawat asma, radang paru-paru dan
batuk juga berkesan untuk mengeluarkan toksik daripada hati dan memelihara
serta melindungi sel-sel hati. Kerana itu, Ling-zhi amat sesuai untuk merawat
hepatitis. Ling-zhi juga adalah amat berkesan terhadap jantung terutama bagi
mengatasi masalah kesesakan nafas, pengaliran darah ke jantung dan kestabilan
fungsi jantung.
Masyarakat China
menurut Dr Chu, semenjak dahulukala lagi percaya bahawa Ling-zhi berupaya
mengimbangi organ-organ utama tubuh dalam menjalankan fungsi masing-masing. Dr
Terry Willard sendiri di dalam buku tersebut, mencatitkan kesan Reishi
sebagaimana yang beliau alami sendiri. Paling ketara adalah keberkesanan Reishi
terhadap Sindrom Kelesuan Kronik di mana para pesakit yang kebiasaannya sering
kelesuan dan tidak bermaya kembali aktif dan ceria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan